Monday, October 18, 2010

Bubu dalam kenangan.....

Kerisauan mak aku selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Pada pagi 9hb Oktober 2010..Bubu pergi buat selamanya..dilanggar mati oleh manusia yang tidak berhati perut. Manusia yang menganggap kucing hanya binatang macam kayu atau batu..tak punyai perasaan dan rasa sakit.
Bubu adalah kucing kesayangan mak aku. Mak aku selalu kata dia kucing sindrom..sebab tu dia istimewa. Memang dia kucing istimewa. Pada hari tu seharian aku menangis mengenangkan Bubu. Aku sedih sangat dengan cara dia pergi. Aku masih terbayangkan wajahnya yang comel..tingkah lakunya.. Tiba2 dia dah tak ada lagi. Mak aku lagi la... Dia yang bela..bagi sepenuh kasih sayang macam anak sendiri. Pagi tu mak aku tengah siap2 nak goreng ikan untuk dia. Bubu suka makan ikan goreng. Bukan tu je.. apa orang makan mesti dia mintak. Kalau dia nak dia akan cuit sape2 yang tengah makan tu.
Aku teringat lagi mak aku citer..masa ayah aku jumpa dia kat 7-E. Masa tu dia masih kecik. Ayah aku bawak balik naik motosikal letak dia atas bahu. Dia dok diam je atas bahu sampai kat rumah. Agak dia dah tahu dia dah jumpa tuan yang akan jaga dan menyayangi dia. Sebab aku suka sangat kat dia..aku pun namakan kucing aku ngan nama Bubu. So dalam keluarga kami..ada dua Bubu..
Bubu...kau akan menjadi salah satu saksi diakhirat kelak. Kau akan dapat berkata-kata. Semuga kau akan menemani kami diakhirat nanti. Kami amat merasa kehilangan mu.. Untuk Bubu yang tersayang...

We wish somehow to tell you,
How empty we now feel.
A part of us went with you,
A part that time can't heal.

We wish we'd once more hear you,
in your softly, rumbling purr,
to hold you on our laps again
and stroke your fur.

We wish we had you back again,
to fill this empty space.
But one day we'll be together
in a far, far better place.

Wednesday, July 21, 2010

Saigon...

Hummm...ingatkan bila balik dari Saigon 30hb Jun hari tu aq nak citer2 sikit kat sini. Tak kesempatan..
Trip aq ke saigon yg baru ni dah masuk kali ketiga aq kesana. Bukan la best sangat Saigon tu sampai aq pegi kali yg ketiga. Untuk yg gila shopping ke...yg berniaga ke..memang Saigon is one of the places yg kita boleh dapatkan bahan2 yg murah. Aq pegi temankan kawan yg berniaga kain baju. Untuk yg berniaga kain2..memang boleh dapat murah. The choices yg ada...mak oi..tak tahu mana nak pilih. Nasib la aq ni bukan kaki shopping. Kalau tak..bawak USD1 ribu pun belum tentu cukup. Tergoda la jugak..tapi fikiran berjaya mengatasi keinginan hati. Bukan tak beli..beli la jugak..utk family je. Aq suka beli DVD kat sana. Dalam USD2 tapi memuaskan.. Satu lagi yg aq suka kat sana.. yogurtnya. Hari2 makan yogurt.
Aq dan kawan aq dok kat mini hotel dekat ngan Ben Thanh Market. Ben Thanh Market tu aq dah kenal luar dalam. Kalau mintak aq jadi tour guide pun dah boleh. Bab makan..tak la senang sangat. Restoran muslim tu ada..tapi adoi..mahalnya. Kawan aq makan roti canai..RM6 sekeping. Roti canai segera lak tu. Kalau pegi sana mesti cuba makan mee pho. Makanan Vietnam yg popular. Ramai kawan yg kata kopi vietnam sedap..tapi aq tak suka. Tak macam kopi ais kat thailand. Paling best yg pernah aq rasa. Overall..trip kali ni tak begitu meriah.. Tapi pada yg planning nak pegi first time tu..you will enjoy.

Friday, June 25, 2010

Our path....

Each of us has a path that is ours and ours only to follow. That path is our own life, precious and heaven-sent. We don't really know where this path will take us, but we know no one else will ever have one exactly like it. For each of us, it is our own personal path, and it is one we will never travel down a second time. Our way takes us through wide, open space, but also into narrow, tight spots. The path ascends, carrying us high at one time, but at others, it descends, bringing us down. The way is sometimes smooth and we stride forth unencumbered, but at others we must clear obstacles from our way, struggling with each step.
There are times when we are at our wits' end, unsure as to whether the path is a good one or bad. There are times when we want to take a detour. But ultimately, there is no other way for us than the path that we are on.
It is not a matter of just meekly resigning ourselves, but the important thing is we must keep going along the path we are on. Isn't it the path that we and only we can travel, the life that is uniquely and irreplaceably ours?
Neither gazing in envy at the lives of others nor stopping in our tracks will show us the right way to go. For our way to open up, what we have to do is to keep going, to keep moving along. We have to make up our minds and be resolute, to the best of our ability. The journey may seem long, but by striding forth, without pause, our parth will open up, and will lead to happiness.
~by Konosuke Matsushita~

Thursday, June 17, 2010

Di ceraikan...

Azrinaz Mazhar Hakim diceraikan oleh Sultan Brunei?? Ya ke... first2 aq dapat email. Tak sure lagi...then tanya kawan2. Sah..dah keluar surat khabar pun hari ni. Kenapa ya.. tiba2 dengar berita macam ni.. terkejut gak. Ingat kan bahagianya Azrinaz dengan Sultan Brunei. Bila dengar dia orang kahwin dulu ...macam citer fairytale. Untungnya Azrinaz..dapat menjadi isteri kepada seorang sultan...handsome..kaya raya lak tu. Tapi tu la kan.. panjang pendek jodoh tu di tangan tuhan. Kalau tak berpisah hidup...berpisah mati. Macam2 citer aq dengar...sebab2 dia diceraikan. Tapi entah betul ke tidak. Buat aq berfikir...Azrinaz memiliki segalanya...suami yang menyayangi dia...kekayaan..anak2 yang comel. Ye lah...menjadi isteri kepada sultan... Kenapa dia mesti buat perkara macam tu. Tapi kadang2 orang kata kekayaan tak menjaminkan kebahagiaan. Dok kat pondok pun boleh bahagia. Makan nasi ngan ikan masin (sedap!) pun boleh bahagia. Dimana silapnya? Biasanya kita ni takkan buat sesuatu sekiranya tak perlu. Sape sebenarnya yang bersalah....

Sunday, June 13, 2010

Kota Bharu...

Dah 2 hari aq kat kota bharu ni. Dari mula sampai semalam...asyik makan je. Lunch nasi kukus..dinner nasi kukus. Pagi tadi pergi beli breakfast kat kubang pasu..nasi berlauk..nasi dagang..pulut pagi..dan kuih muih yg susah aq nak jumpa kat kl. Sedap2 lak tu.. ntah berapa kilo dah naik 2 hari ni. Balik kl kena la diet balik. Lepas breakfast..pegi pengkalan kubur. Ingat kan barang2 kat situ lagi murah pada kl.. huh..kl lagi murah la. Tak faham kenapa orang suka datang shopping kat kb ni. I guess ada gak barang2 yg murah dari kl. Especially kat rantau panjang. Tapi mostly barang2 kat rantau panjang tu dari siam. Kalau ada paspot boleh masuk golok. Aq nak ke situ jugak petang semalam tapi jam nya berbatu-batu! Langsung cancel plan. Town kb pun sesak. Time cuti sekolah memang macam tu. Kena la bersabar. Semalam sempat jugak le ke wakaf che yeh...pasar borong yg famous tu. Last aq pegi situ 3 tahun lepas. So ingat kan pasar tu masih kat tempat sama. Rupanya dah pindah...dekat situ jugak. Tapi tak best macam tempat lama. Teringat lak night bazaar kat chiangmai. Kalau ada yg nak pegi chiangmai..don't miss night bazaar. Suasana kat situ best.. Aq dah pegi 3 kali pun tak puas lagi. Kalau nak pegi...pegi aroung dec or jan. Cuaca sejuk dan nyaman. Also..try pegi massage. It is so cheap. Later on I will include some photos of chiangmai.

Friday, June 11, 2010

Hari ini dalam sejarah....

Terkezut..tengok jam pukul 6.45 ! Lambaaaat ! Mandi express..tak berbedak..rambut pun sikat gitu2 je...terus keluar rumah. Nasib la cuti sekolah. Tak de jam. Aku pun tak sangka dapat sampai office dalam 7.25. Aq pecut ke apa..tak perasan. Tahu nak sampai office sebelum kul 8.00. Dah 13 tahun aq keje kat sini...tak pernah lambat. Aq tak suka lambat. Mesti sampai office sebelum 7.30. Bukan tidur lambat pun semalam. Rupanya semalam lupa nak set alarm. This is one history ..

Wednesday, June 9, 2010

Air Asia..

Aq ni kan suka sangat travel.. so first2 ni nak terima kasih beribu-ribu lemon la pada Air Asia. Slogan nya pun.. 'Everyone can fly'.. dapat la terbang ke sana sini kat Asia ni. Later on nanti aq story2 sikit pasal tempat2 yang aq dah pegi dan akan pegi.
Tapi kan....skang ni tak la semurah dolu2...kecuali time2 tambang percuma. Pas tu kan...semuanya kena charge...nak booking seat kena charge...nak check in beg kena charge..pakai kredit kad pun kena charge..dan bila call pun kena charge...
So biasa bila aq travel..bawak beg kecik je masuk kabin. Tu pun terhad pada 7 kilo je. Tapi kalau ada plan nak shopping sakan kena la bawak beg besar...macam kawan aq. Pegi 1 beg..balik 5 beg!

Al kisah....

....bermula la pada hari ini blog yg dah lama aq nak buat. There is so much to say tapi bila dah start ni..tak de idea lak... Anyway, welcome semua to my blog. Macam2 nanti ada disini...tapi be patient ya. Maklum la orang baru belajar..